Utama / Terkini / Kenyataan / Perutusan Ketua Pemuda Isma sempena Hari Pekerja 2017

Perutusan Ketua Pemuda Isma sempena Hari Pekerja 2017


Pemuda merupakan tonggak utama kepada golongan pekerja di Malaysia. Mengikut Kementerian Sumber Manusia, 63 peratus daripada pekerja di Malaysia adalah golongan yang berumur bawah 40 tahun.

Pemuda merupakan harapan kepada sesebuah bangsa dan negara. Jatuh bangun sesebuah negara bergantung kepada kualiti generasi pemuda. Satu perkara yang sangat mendukacitakan apabila kadar pengangguran di Malaysia dimonopoli oleh golongan pemuda. Lebih separuh daripada jumlah pengangguran ini adalah di kalangan pemuda yang berumur 24 tahun ke bawah. Pemuda ISMA percaya bahawa punca utama masalah ini bersangkut paut dengan kualiti generasi pemuda pada hari ini yang semakin menurun, dan diburukkan lagi dengan agenda hedonisme yang dirancang secara tersusun samada di alam realiti mahupun alam maya/media sosial.

Penyelesaian kepada masalah ini adalah sangat mudah dan jelas – kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Tuduhan bahawa pegangan teguh kepada agama hanya membawa kemunduran adalah salah dan merupakan agenda jahat pihak-pihak liberal dan musuh Islam. Sejarah telah membuktikan bahawa kebangkitan Islam adalah disebabkan pemuda-pemuda yang beriman dan bertaqwa – Mus’ab bin Umair yang masih belia telah menjadi naqib kepada masyarakat islam yang awal di Madinah, Sultan Muhammad al-Fatih berjaya menakluk Kota Constantinople (Istanbul) pada usia 21 tahun, dan banyak lagi kisah-kisah mengenai pemuda yang menjadi watak utama kepada kejayaan dan kemajuan tamadun islam.

Justeru, Pemuda ISMA menyeru golongan pemuda Melayu Islam di tanah air ini supaya kembali berpegang teguh dengan ajaran islam yg menggalakkan kemajuan melalui sikap memimpin, berkemahuan tinggi, berdisiplin, kuat berusaha dan lain-lain, untuk menjadi generasi harapan kepada negara Malaysia yang tercinta.

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”, Surah Ar-Ra’d ayat 11.

Selamat Hari Pekerja!

Muhammad Farid Hussin
Ketua Pemuda Isma

Profil zulhelmi mohd nasir

Anda Juga Meminati

Jangan Cakap Aku Tak Payung

Bro.. Pernah jadi tak kat korang?Kawan yang umur sebaya dengan korang, sihat walafiat, segar bugar, main futsal sana, badminton sini. Kadang-kadang panjat gunung itu, bukit sini semua ada kesan tapak kaki dia. Tiba-tiba korang dapat berita dia meninggal. Masa tu memang antara percaya dengan tidak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *