Utama / Terkini / Berita / PEMUDA Isma Kajang Bersihkan Gelanggang Futsal Kotor

PEMUDA Isma Kajang Bersihkan Gelanggang Futsal Kotor

KAJANG, 1 Mei – Satu program gotong-royong amal telah diadakan di Gelanggang Futsal di Taman Saujana Impian, Kajang. Seramai 10 orang peserta telah menyertai program ini. Kesemuanya mengambil kesempatan untuk beraksi di gelanggang dahulu sebelum program bermula.

Menurut Isa Mohd Hasan, Ketua Pemuda Isma Cawangan Kajang berkata, program ini berjaya mengurangkan 80% sampah sarap di gelanggang tersebut.

Beliau turut mengetengahkan antara objektif program adalah untuk memupuk semangat kesukarelawan, memupuk sifat cinta kebersihan, merapatkan silaturrahim dan mengurangkan tempat pembiakan nyamuk.

Peserta juga melahirkan rasa teruja semasa program ini dijalankan.

“Pastinya aksi pemain di sini akan semakin lincah kerana teruja melihat kebersihan gelanggang,” ujar Ahmad Muaz Mohamad, pelajar tahun akhir Universiti of Nottingham Malaysia Campus, Semenyih.

Selain itu, para peserta menyarankan agar program sebegini dapat diteruskan lagi dan diadakan secara berkala.

Profil zulhelmi mohd nasir

Anda Juga Meminati

Jangan Cakap Aku Tak Payung

Bro.. Pernah jadi tak kat korang?Kawan yang umur sebaya dengan korang, sihat walafiat, segar bugar, main futsal sana, badminton sini. Kadang-kadang panjat gunung itu, bukit sini semua ada kesan tapak kaki dia. Tiba-tiba korang dapat berita dia meninggal. Masa tu memang antara percaya dengan tidak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *