Utama / Terkini / Pena JKP / Jangan Cakap Aku Tak Payung

Jangan Cakap Aku Tak Payung

Bro..
Pernah jadi tak kat korang?Kawan yang umur sebaya dengan korang, sihat walafiat, segar bugar, main futsal sana, badminton sini. Kadang-kadang panjat gunung itu, bukit sini semua ada kesan tapak kaki dia. Tiba-tiba korang dapat berita dia meninggal.

Masa tu memang antara percaya dengan tidak ko tenung je mesej yang orang hantar kata dia meninggal dan takde benda lain yang kau bayang melainkan nasib bini dan anak – anak dia yang tiga empat orang tu. Sentap wei..

Jadi kat aku beberapa tahun yang lalu ni. Kawan sama sekolah, sebaya dengan aku. Memang badan lagi sedap pada aku. Tinggi dan tegap orangnya. Orang sukanlah katakana. Memang aktif dengan geng-geng panjat gunung. Masuk keluar sungai dan hutan memburu kelah, rusa, kijang dan pelanduk ni memang hobi dia.

Waktu aku dapat mesej kata dia tumbang kat pejabat tu memang aku macam tak percaya. Aku mula fikir benda lain. Sampai aku rasa, “ ish…ni mesti Orang santau atau hantar tuju-tuju sebab dengki .”

Meluap rasa nak marah dalam hati aku. Dok fikir sapa yang dengki dengan arwah sampai sanggup buat macam ni. Sampai kat luar bilik mayat aku memang kaku tak tahu nak buat apa bila tengok isteri arwah tengah dok peluk anak-anak . Mata dah memang bengkak sebab banyak sangat menangis. Aku paling tak tahan tengok anak paling kecik yang umur 3 tahun tu. Koyak aku bro..terus cari tandas sebab taknak bagi kawan-kawan lain nampak aku menangis juga.

Dalam kepala aku dah fikir macam-macam. Siapa nak jaga diorang ni. Memanglah kawan-kawan bantu tapi selama mana. Itupun mujur ada insuran. Tapi aku fikir hilang ke kepayahan, kesedihan dan sengsara tengok anak-anak takde ayah dengan duit insuran yang ada tu? Anak-anak nak kasih sayang ayah. Naka da orang yang boleh gurau lasak-lasak dengan diorang. Nak tempat yang diorang rasa diorang boleh bergantung harap bila diperlukan. Dah macam-macam aku dok fikir.

Keluar dari tandas aku terus jumpa dengan adik beradik arwah. Bertanya khabar dan apa-apa urusan yang aku boleh bantu. Diorang kata jenazah tak boleh keluar lagi sebab kena buat postmoterm juga. Untuk claim insuran memang kena buat post moterm. Kena pulak bila kes-kes mengejut macam ni. Ya Allah. Memang tak boleh nak buat apa. Esok baru boleh settle segala urusan.

Dipendekkan cerita waktu aku hadir ke majlis pengkembumiannya tu sempat bersembang dan bertanya dengan adik beradik arwah tentang hasil post moterm. Adik arwah cakap salur darah dalam otak pecah. Aduh..Bila aku tanya macamana boleh kena tu perlahan je adik dia cakap yang doktor kata sebab rokok. Muka adik-beradik arwah masa tu memang kesal habis. Tak tahulah sebab simpati ke tau sebab marah.

Aduh..memang fana dunia sekejap aku rasa. Memang arwah ‘heavy smoker’ . Aku tak nafi yang tu. Tapi bila aku tengok gaya hidup dia tu agak aktif, aku rasa macam ok lah kot. Boleh balance. Bodoh betul aku rasa masa tu. Bodoh piang kata orang kedah.

Aku tak marah orang lain. Aku tak marah arwah. Tapi aku marah diri aku sendiri. Aku tak tegur arwah waktu arwah dok lepak-lepak hisap rokok. Lepas sebatang-sebatang silih berganti. Waktu lepak kat mamak siap susun lagi ok arwah dok hujung sini sebab dia nak hisap rokok nanti. Takdelah kena kat kita asap rokok dia. Aduh..bebal sungguh aku rasa.

Pagi tadi bila aku dengar bernama radio cerita pasal bahaya rokok takde benda lain yang aku ingat melainkan muka kawan-kawan aku yang hisap rokok. Aku susun strategi macamana nak tegur diorang dan kalau boleh bantu diorang nak berhenti merokok. Aku taknak pisang berbuah dua kali.

Aku tak hisap rokok. Tak bermakna aku nak biarkan kawan-kawan aku mati sebab rokok. Kawan guna untuk tolong kawan. Kawan yang biar kawan dia duduk dalam kebinasaan tak layak dipanggil kawan. Itu musibat namanya.

Jadi untuk kawan-kawan dalam grup ni yang merokok, sudah-sudahlah merokok. Setiap hembusan yang korang hembus tu simboliknya membawa keluar sekali umur kesihatan yang ada pada korang sekarang. Aku mungkin tak kenal anak bini korang tapi aku memang sangat-sangat simpati bila melihat isteri dan anak-anak kepada perokok.

Sampai sekarang aku dok fikir kalau dari dulu aku selalu tegur arwah mungkin arwah akan berhenti merokok atau sekurang-kurangnya mengurangkan kekerapan merokok. Tapi dah terlambat untuk arwah dan aku taknak terlambat juga untuk rakan-rakan aku yang lain. Sebab tu aku tulis status ni.

Ni kira nasihat aku kat korang. Walau kita tak pernah jumpa, tapi aku yakin kalau korang baca status ni dan berhenti merokok kita akan jumpa di syurga nanti sebagai saudara yang saling nasihat menasihati atas perkara kebaikan.

Salam sayang dari aku buat semua rakan- rakan yang menghisap rokok.
Share dan like status ini kalau korang ada kawan-kawan kesayangan korang yang hisap rokok.

Cikgu Asmadi Abd Samad
Timbalan Ketua Pemuda Isma

Profil Isa Mohd Hasan

Anda Juga Meminati

PEMUDA Isma Kajang motivasi pelajar baru Giat Mara

KAJANG, 20 Julai – Baru-baru ini sebuah program motivasi telah diadakan di Giat Mara Kajang, Daerah Hulu Langat sempena kemasukan baru pelajar ke institutsi pendidikan tersebut. Seramai 60 orang pelajar telah bersama dalam menjayakan program ini. Giat Mara sememangnya terkenal sebagai pusat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *