Utama / Terkini / Berita / Pemuda Isma Berkhidmat di Masjid Kg Parit Terus, Batu Pahat

Pemuda Isma Berkhidmat di Masjid Kg Parit Terus, Batu Pahat

Batu Pahat, 11 Ogos – Seramai 30 orang belia telah terlibat dalam satu program khidmat komuniti, Fix N Go anjuran Pemuda Isma. Program yang berkonsepkan kesukarelawanan itu diadakan di Masjid Kg Parit Terus, Sri Medan. Peserta yang terdiri daripada pelajar Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Sri Gading dan sukarelawan Pemuda Isma telah menjalankan aktiviti membersihkan kawasan sekitar masjid termasuk membersihkan kawasan dalam masjid bagi menambah keselesaan jemaah.

Menurut Saudara Ridhuan, yang juga pengarah program, aktiviti ini diadakan bagi mendekatkan golongan belia dengan masjid di samping menyuburkan semangat kesukarelawanan di kalangan anak muda. Dalam program ini juga, peserta telah menukarkan bendera Malaysia dan bendera negeri Johor yang lusuh kepada bendera baru bersempena hari kemerdekaan yang bakal tiba. Ianya bertepatan dengan kempen kemerdekaan anak muda yang telah dilancarkan oleh pemuda Isma bagi membangkitkan semangat perjuangan anak muda dan menanam sifat patriotisme dalam kalangan belia.

Muhammad Rusydi bin Rusli, salah seorang peserta yang juga pelajar KKTM berkata, dengan menyertai program ini, ianya dapat mengisi waktu lapang pelajar dengan perkara bermanfaat  supaya anak muda tidak lagi melakukan perkara yang tidak berfaedah. Ia juga peluang untuk membuat kebajikan kerana membersihkan rumah Allah, agar masyarakat selesa untuk beribadat.

Sudah lama saya tidak rasa pengalaman menaikkan bendera, teringat pengalaman bertugas menaikkan bendera di sekolah, ujar Amirrul Afiq, salah seorang peserta yang berpeluang menaikkan bendera ketika menukar bendera Malaysia di kawasan masjid tersebut dalam program ini.

Pemuda Isma melalui kempen kemerdekaan anak muda berazam untuk menyemarakkan semangat perjuangan dan sifat sayangkan negara dalam kalangan anak muda negara. Yakin dengan program sebeginilah, sikap tersebut mampu dipupuk dan disemai di dalam jiwa anak

 

Profil Isa Mohd Hasan

Anda Juga Meminati

PEMUDA Isma Kajang motivasi pelajar baru Giat Mara

KAJANG, 20 Julai – Baru-baru ini sebuah program motivasi telah diadakan di Giat Mara Kajang, Daerah Hulu Langat sempena kemasukan baru pelajar ke institutsi pendidikan tersebut. Seramai 60 orang pelajar telah bersama dalam menjayakan program ini. Giat Mara sememangnya terkenal sebagai pusat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *