Utama / Terkini / Berita / Pemuda Isma perlu lantang menegakkan perjuangan yang sebenarnya

Pemuda Isma perlu lantang menegakkan perjuangan yang sebenarnya

Kuang, 6 Zulhijjah 1438H, Isnin- Pemuda Isma perlu lantang dalam mewakili anak muda dalam menegakkan perjuangan yang sebenarnya, kata Presiden Isma, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman.

Membawa seruan itu, beliau berkata, Pemuda Isma perlu bersifat inklusif dan berfikir bagi pihak anak muda Malaysia dan mewakili puak majoriti. Pemuda Isma juga diseru untuk bangkitkan anak muda tanah air dari kelesuan dan memandu agenda mereka sendiri.

Beliau juga mengingatkan bahawasanya, penubuhan Pemuda Isma adalah untuk mencari anak muda yang mempunyai sifat kelelakian dan kehebatan.

“Penubuhan pemuda adalah misi mencari jantan, ini adalah misi yg sangat penting. Kita juga berharap para ahli Pemuda Isma dapat mencalonkan diri untuk kepimpinan akan datang, kita kena ada kehendak untuk membina masa depan yang kita lakar sendiri. Perlu ada aras pemikiran dan keberanian yang tinggi pada peringkat ini,” katanya pada Majlis Penutup, Muktamar Pemuda Isma 2017 pada hari ahad lepas.

Menurut Ketua Pemuda Isma, Muhammad Farid Hussin. Pemuda Isma akan menumpukan untuk membina nilai lasak, gagah, berani dan terampil dalam jiwa anak muda negara bagi menyediakan generasi anak muda sebagai pemimpin negara masa sekarang dan akan datang.

“Kita akan sama-sama menggembeleng tenaga turun ke lapangan untuk membangunkan potensi anak muda dan menggarap keupayaan mereka. Kita akan lahirkan pemuda yang lasak, gagah, berani dan terampil.”

“Saya menyeru para pemuda untuk bersama-sama menjayakan misi ini. Kita perlu mulakan supaya akan dapat dicontohi sekalian anak muda”

 

Profil Isa Mohd Hasan

Anda Juga Meminati

PEMUDA Isma Kajang motivasi pelajar baru Giat Mara

KAJANG, 20 Julai – Baru-baru ini sebuah program motivasi telah diadakan di Giat Mara Kajang, Daerah Hulu Langat sempena kemasukan baru pelajar ke institutsi pendidikan tersebut. Seramai 60 orang pelajar telah bersama dalam menjayakan program ini. Giat Mara sememangnya terkenal sebagai pusat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *