Utama / Kalam JKP / Kerajaan lemah, pesta maksiat berleluasa

Kerajaan lemah, pesta maksiat berleluasa

Keberanian pihak-pihak tertentu menganjurkan pesta maksiat iaitu pesta arak dan tarian gay menunjukkan kerajaan lemah dalam menguatkuasakan undang-undang bahkan dalam merealisasikan Perkara 3(1) dalam Perlembagaan yang menegaskan Islam sebagai Agama Persekutuan. Mereka tidak takut untuk menganjurkan atau mencadangkan penganjuran pesta2 maksiat ini. Bahkan pesta-pesta maksiat ini dipertahankan oleh parti-parti bukan Islam seperti DAP dan MCA yang mempunyai kerusi dalam kerajaan negeri mahupun persekutuan.

Jika kita perhatikan, kebanyakan pesta maksiat ini dibatalkan setelah mendapat tekanan dari NGO Islam. Bahkan tiada jaminan pesta-pesta seperti ini tidak akan berulang pada tahun yang akan datang.

Jika tiada tekanan dan suara dari NGO Islam, adakah pesta maksiat akan berlangsung seperti biasa?

Percubaan gerakan maksiat mencabar perundangan dan perlembagaan malaysia adalah sebagai cubaan untuk menguji ketegasan kerajaan, sokongan dan bantahan dalam kalangan masyarakat. Sedikit demi sedikit jika kita tidak bertegas, mereka akan semakin menapak dan mendapat tempat.

Sebahagian mereka bertugas “mencucuk” sensitiviti masyarakat, sebahagian yang lain menyiapkan golongan sokongan dengan mempengaruhi masyarakat dengan ideologi liberal bagi menjayakan proses liberalisasi dan normalisasi. Lebih licik lagi gerakan maksiat ini menggunakan alasan kemanusiaan dan hak non muslim bagi menganjurkan pesta maksiat seperti ini.

Bagi pihak anak muda, kita menyeru kerajaan supaya bersikap tegas kepada gerakan maksiat supaya mereka tidak sewenang2nya menganjurkan aktiviti yang berlawanan dengan identiti Malaysia sebagai negara Melayu Islam. Kita juga menyeru NGO-NGO untuk berterusan memberi kesedaran dan menyuarakan pandangan mewakili umat Islam selaku majoriti di Malaysia.

Muslim Bin Abdullah Zaik
Ketua Biro Penerangan dan Kajian
Pemuda Isma

Profil muslim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *