PEMUDA Isma Kajang motivasi pelajar baru Giat Mara

KAJANG, 20 Julai – Baru-baru ini sebuah program motivasi telah diadakan di Giat Mara Kajang, Daerah Hulu Langat sempena kemasukan baru pelajar ke institutsi pendidikan tersebut.

Seramai 60 orang pelajar telah bersama dalam menjayakan program ini. Giat Mara sememangnya terkenal sebagai pusat melahirkan tenaga mahir teknikal di Malaysia.

PEMUDA Isma Kajang yang terdiri daripada lepasan mahasiswa yang pelbagai latar belakang, meraih kesempatan ini untuk berkongsi inspirasi tentang ilmu dan Islam kepada para pelajar.

Lebih menarik lagi, motivasi khas ini telah disampaikan oleh YDP Isma Kajang, En. Nazif Emran Farid dan Ketua Pemuda Isma Kajang, Dr. Isa Mohd Hasan.

Antara isi penting yang menjadi intipati motivasi ini adalah kesedaran terhadap matlamat utama dalam hidup dan kesedaran diri. Kedua-dua ini menjadi kunci asas kepada mana-mana insan dalam membuka pintu kejayaan.

Setiap peserta teruja dan terkesan dengan setiap isi yang disampaikan lebih-lebih lagi semasa slot kesedaran terhadap isu umat Islam di Palestin.

 

Profil Isa Mohd Hasan

Anda Juga Meminati

ARTIS TANYA, AL-FADHIL JAWAB

  Sepanjang Ramadan ini, rancangan ARTIS TANYA, AL-FADHIL JAWAB akan ke udara setiap hari melalui: …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *