𝗠𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗠𝘂𝗻𝗮𝗷𝗮𝘁 𝗔𝗻𝗮𝗸 𝗠𝘂𝗱𝗮 𝟮𝟬𝟮𝟭

 

𝗠𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗠𝘂𝗻𝗮𝗷𝗮𝘁 𝗔𝗻𝗮𝗸 𝗠𝘂𝗱𝗮 𝟮𝟬𝟮𝟭

Semua orang tertekan sekarang ni.
Semua stress.

Tahun 2021 menyambut kita dengan pelbagai ujian dan cabaran.
Pandemik yang terus memuncak membuatkan kita terus terikat dan tidak bebas.
Anak-anak tidak dapat ke sekolah.
Ada yang tidak dapat bekerja dan hilang sebahagian atau mungkin semua punca pendapatan.

Kusut, celaru, risau dan rasa tak tentu arah kerana tidak ada lagi jaminan untuk masa depan kita.
Kita sendiri tak tahu bagaimana rupanya masa depan itu dengan keadaan yang terus begini.

Sahabat yang saya kasihi sekalian,

Pernah saya bersembang dengan seorang anak muda dan dia bertanya;

Kenapa kita yang dipilih untuk berhadapan dengan semua ujian ini?
Kenapa Tuhan seolah-olah pukul rata tak kira siapa, semua diuji dengan keadaan sebegini?
Kalaupun Tuhan nak ajar saya supaya jadi lebih kuat, di mana harus saya bermula sebab sekarang saya dah tak larat…?
Saya dah nak putus asa…

Aduhai..
Pada saya, seteruk mana pun kita di badai ujian, selagi mana kita percaya bahawa harapan itu masih ada maka selagi itu kita akan sentiasa berusaha.
Tapi bagi anak muda ini, harapan itu sendiri seolah-olah sudah hilang.
Lalu saya cakap pada anak muda ini,
Bagusnya adik masih percaya pada Allah.
Adik masih percaya bahawa Allah yang menurunkan ujian ini. Itu bagus adik, kerana selagi mana adik percaya bahawa Allah yang memberi ujian ini, maka adik juga harus percaya bahawa hanya Allah sahaja yang mampu mengangkat ujian ini kerana tidak ada kuasa lain yang dapat menandingi kuasa Allah.
Allah berfirman dengan kalam sucinya, “Pintalah dari Ku dengan Solat dan Sabar”.

Allah juga berfirman melalui lidah Rasul ya, “Aku sepertimana sangkaan hamba Ku”.

Mungkin ini masanya Allah ingatkan kita untuk sama-sama menguatkan doa dan munajat kita kepadaNya.
Mungkin ini waktu Allah ingin kita perbetulkan segala sangkaan kita terhadapnya.

Ayuh kita sama-sama menguatkan munajat kita kepada Allah swt, kita perkuatkan doa dan harapan kita pada Allah swt.
Kita sama-sama bersihkan sangkaan kita pada Allah swt. Mungkin dengan cara itu Allah swt akan mengangkat ujian kita hari ini atau mungkin dengan cara itu Allah swt memberikan kita hati dan jiwa yang besar hingga kita menjadi begitu kuat untuk berhadapan dengan ujian ini.
Ameen.

Ayuh bersama kami di Malam Munajat
29 Januari 2021 ( Jumaat).

Daftar segera di link berikut :
http://bit.ly/MalamMunajatAnakMuda29Jan21
http://bit.ly/MalamMunajatAnakMuda29Jan21
http://bit.ly/MalamMunajatAnakMuda29Jan21

 

 

 

Profil Soufi Anual

Anda Juga Meminati

ARTIS TANYA, AL-FADHIL JAWAB

  Sepanjang Ramadan ini, rancangan ARTIS TANYA, AL-FADHIL JAWAB akan ke udara setiap hari melalui: …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *