PENGURUSAN AIR PAHANG (PAIP) MERAKAMKAN PENGHARGAAN KEPADA PEMUDA ISMA

 

PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

KEPADA AGENSI KERAJAN DAN PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN

 

Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) ingin memaklumkan bahawa kejadian

banjir yang berlaku baru-baru ini telah mengakitbatkan 26 buah Loji Rawatan

Air (LRA) tidak dapat beroperasi disebabkan peningkatan paras air sungai

yang telah menenggelamkan LRA dan peralatannya. LRA-LRA ini juga tidak

dapat beroperasi disebabkan terputus bekalan elektrik dan juga kejadian

tanah runtuh di beberapa kawasan yang menyebabkan jajaran paip

terputus/pecah.

Dalam melaksanakan kerja-kerja pemulihan bekalan air kepada pengguna,

PAIP telah menerima bantuan daripada

 

i) Agensi Kerajaan

– Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)

– BOMBA

– Pasukan Gerakan Am (PGA)

 

 

ii) Syarikat Operator Air

– Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor)

– Ranhill SAJ

– Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS)

– Syarikat Air Darul Aman (SADA)

– Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB)

– Lembaga Air Perak (LAP)

– Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP)

 

 

iii) Pertubuhan Bukan Kerajaan

– Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

 

 

Bantuan ini sesungguhnya telah melancarkan usaha yang dijalankan oleh

PAIP untuk mempercepatkan pengguna yang terjejas menerima bekalan air

bersih disamping bekalan air minuman disepanjang tempoh bencana yang

telah berlaku.

PAIP merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua

pihak yang terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung di atas

bantuan yang telah diberikan. Semoga jalinan kerjasama yang baik ini akan

berterusan pada masa akan datang.

 

 

SEKIAN, TERIMA KASIH

 

 

Saiful Zaini Bin Mohd Bokhari

Ketua Pegawai Eksekutif PAIP

Kenyataan Media PAIP,

25 Januari 2021

Profil Soufi Anual

Anda Juga Meminati

Bantuan Asas Psikologi

PROGRAM KHAS UNTUK SUKARELAWAN Satu lagi inisiatif Relawan Muda ISMA! Tajuk:  bagi mangsa bencana (psychological …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *