Relawan Muda ISMA Melancarkan Tabung Bantuan Bencana

Relawan Muda ISMA Melancarkan Tabung Bantuan Bencana.

Relawan Muda ISMA (RMI) adalah sebuah inisiatif program kesukarelawanan yang dianjurkan oleh Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) bagi membantu masyarakat awam khususnya di Malaysia. Fokus kepada Relawan Muda ISMA adalah seperti berikut:

1. Bantuan awal bencana (first responder)
2. Bantuan keperluan asas asnaf dan B40.
3. Bantuan baikpulih rumah persendirian dan bangunan awam.
4. Bantuan pendidikan miskin bandar.
Bermula pada awal PKP Mac 2020 lalu, sehingga kini RMI sudah memberi bantuan asas kepada lebih 10,000 keluarga di seluruh Malaysia dan program bantuan ini masih terus berlangsung dengan agihan sumbangan sekitar RM 1 juta. RMI juga terkehadapan membantu pihak kerajaan Negeri Pahang di dalam memberikan bantuan air bersih ketika banjir yang melanda negeri itu pada awal tahun 2021. Lebih 50 tangki air statik diletakkan di lokasi strategik banjir beserta 2 lori tangki air 40 kaki digerakkan ke kawasan banjir bagi mengangkut air bersih kepada mangsa.
Relawan Muda ISMA juga adalah sebuah badan berdaftar dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan sudah dilantik menjadi Agen Basmi Covid 19 (ABC19) di mana sukarelawan RMI akan digerakkan bagi membantu pendaftaran vaksin dan membawa warga memerlukan ke Pusat Pemberian Vaksin berhampiran.
Sehubungan dengan itu, RMI dengan ini melancarkan Tabung Bantuan Bencana bertujuan mengajak orang ramai bersama sama menggalang dana bagi membantu masyarakat yang memerlukan. Sasaran kutipan untuk tabung ini adalah RM 2 juta.

 

Sumbangan boleh diberikan melalui akaun berikut:

CIMB
8604718222
Persatuan Sukarelawan ISMA
Ref: Tabung Bantuan Bencana
Kepada individu, agensi korporat dan agensi kerajaan yang ingin bersama di dalam kempen ini, bolehlah menghubungi kami di emel relawanmuda.isma@gmail.com atau berhubung dengan Ketua Koordinator Relawan Muda ISMA, Tuan Syed Abd Hadi Syed Malick di talian 019-695 5743.
Terbaru, RMI telah melancarkan Tabung Bantuan Bencana: Bencana Kebakaran Mersing bagi membantu satu keluarga di Mersing yang tinggal sehelai sepinggang akibat kebakaran rumah mereka pada 31 May 2021. Wakil RMI sudah berjumpa dengan keluarga ini dan memberi bantuan awal berupa laptop (digunakan untuk peperiksaan UIA) dan wang sejumlah RM 10,000. Kempen ini menyasarkan kutipan RM 200,000 bagi membina semula kehidupan mangsa. Semoga dipermudahkan Allah swt. Sumbangan boleh disalurkan kepada akaun yang sama dengan rujukan ‘kebakaran’.
Akhir kata, semoga segala usaha ini dapat meringankan beban saudara kita dan diberkati Allah swt.

 

Arifin Manan
Ketua Pemuda,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Profil Soufi Anual

Anda Juga Meminati

DAULAT TUANKU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *