πˆπ’πŒπ€ π’π„π‘π€π‡πŠπ€π π’π”πŒππ€ππ†π€π 𝐓𝐀𝐁𝐔𝐍𝐆 πŠπ„ππ€πŠπ€π‘π€π πŠπ„ππ€πƒπ€ πŠπ„π‹π”π€π‘π†π€ π’π€πŠπˆππ€π‡

BANGI, 9 Julai – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) telah menyerahkan sumbangan terkumpul dari orang ramai sebanyak RM57,829.52 kepada sebuah keluarga mangsa kebakaran di Mersing Johor, kelmarin.

Sumbangan itu diberikan kepada keluarga En Md Amin Bin Abd Ghani dan Puan Khadijah Sakiran di mana kediaman mereka telah musnah di dalam kebakaran menjelang sambutan Hari Raya Aidilfiri lepas, yang dianggarkan mengalami kerugian ratusan ribu ringgit.

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) diwakili Timbalan Presidennya , Tuan Haji Dr Ahmad Kamsani Bin Samingan telah menyampaikan sumbangan tersebut secara atas talian buat julung kalinya.
Tuan Haji Dr Ahmad Kamsani berkata, sumbangan awal dalam bentuk wang tunai dan sebuah tablet elektronik telah diperuntukkan kepada mangsa yang ditimpa musibah seumpama itu.
β€œBuat masa ini ISMA memberi bantuan awal untuk meringankan beban mangsa dan kita akan menyerahkan jumlah kutipan bantuan yang terkumpul untuk membantu mereka.”
β€œBantuan bukan sahaja di pihak ISMA, tapi juga beberapa agensi lain yang berkaitan termasuk Persatuan Relawan Muda ISMA, Persatuan Belia Islam Nasional, Serikandi Iffah dan juga sumbangan orang ramai yang bersatu tenaga bersama bagi membantu mangsa kebakaran ini,” katanya selepas menyampaikan sumbangan malam kelmarin.

Turut hadir, YDP ISMA Gombak, Tuan Mohd Hafizan Bin Abdul Wahab, Ketua Wanita ISMA Gombak, Puan Khadijah Afifah Binti Ahmad serta Ketua Koordinator Kelab Relawan Muda ISMA, En Syed Abdul Hadi.
Beliau berharap semua mangsa dapat bersabar dan turut bersama – sama menasihati supaya mengambil
iktibar dari tragedi itu.
Sementara itu Tuan Mohd Hafizan berkata, ISMA Gombak sentiasa cakna dengan kebajikan para ahli ISMA khususnya kejadian yang berlaku ke atas keluarga En Md Amin yang mana anak kepada kedua pasangan ini iaitu Cik Sakinah Binti Md Amin merupakan ahli yang bergiat aktif dengan ISMA Gombak.
β€œTindakan awal telah digerakkan apabila mendapat khabar berita kebakaran yang berlaku kepada keluarga Cik Sakinah dan ISMA Gombak telah melancarkan tabung khas bagi membantu menampung kerugian yang ditanggung oleh keluarga mangsa.”
β€œSehubungan itu, ISMA Gombak sangat berterima kasih kepada para ahli ISMA dan penyumbang yang bersama-sama membantu menghebahkan tabung khas tersebut”.

Sementara itu, RELAWAN MUDA ISMA akan meneruskan Tabung Bantuan Bencana sebagai persiapan menghadapi mana-mana bencana pada masa akan datang.
Orang ramai boleh menyumbang melalui akaun bank Persatuan Sukarelawan ISMA 8604718222 (CIMB).

Profil Soufi Anual

Anda Juga Meminati

DAULAT TUANKU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *