Selamat Datang ke Pemuda Isma

Membina Rijjal, penggerak kemajuan Ummah & berbakti kepada Negara

Pengenalan,Visi & Misi

Pengenalan

Pemuda ISMA adalah sayap pemuda kepada Ikatan Muslimin Malaysia, sebuah gerakan Islam yang komited dengan agenda dan perjuangan Islam.

 

Kami menganjurkan pelbagai aktiviti yang sesuai dengan citarasa pemuda seperti futsal, badminton, hiking, bbq, berenang dan lain-lain, disamping menggerakkan amal dakwah di kalangan anak muda.

 

Kami menggalakkan semua pemuda untuk mengikuti aktiviti anjuran Pemuda ISMA.

Visi

Memimpin Pemuda Membangunkan Tamadun Islam di Malaysia

Misi

  • Menerajui pandangan umum pemuda mengikut acuan Islam.
  • Membina barisan kepimpinan negara yang berwibawa.
  • Memperkasa jati diri islam dan kekuatan ilmu generasi muda.
  • Membina keperibadian pemuda yang Lasak, Berani, Gagah & Terampil.